Welcome HTML

ENTER

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Faizal Yusof Meninggal Dunia. Arwahyarham yang merupakan pelakonan hebat di dalam drama Adamaya tahun lalu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Arwah merupakan seorang pelakon yang baik dan aku sangat kagum dengan lakonannya.



Menurut sumber di twitter dan pesanan Blackberry, pelakon, Faizal Yusof, yang juga merupakan bekas suami Siti Nordiana, telah menghembuskan nafas terakhirnya di ‎​Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, sekitar 2.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham masih berada di lokasi berkenaan.

Bersama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diberikan keampunan dan rahmat dariNya.

Al-Fatihah

Sumber dr pihak Siti Nordiana.

Blog Photography !

I Take The Photo. Itu dalam bahasa orang Barat. Kalau diterjemah kedalam bahasa Malaya, jadi lah maknanya Aku Tangkap Foto. Ini ruangan rasmi aku terjemahkan hasil hasil seni foto aku versi alam maya untuk tatapan dan kritikan anda semua. Aku cuma seorang penangkap gambar yang masih mencapai tahap profesional. Aku perlukan bantuan anda semua untuk mencapai tahap mokhsya itu. Baru lah dapat Nirvana ! Oh Yeah !

Sedikit preview untuk anda :





Vega Choir (Radio Head Cover) - Creep

Vega Choir (Radio Head Cover) - Creep



An astounding remake of the famous song by Radiohead "Creep" No copyright intended.

Keputusan Peperiksaan

Aimsweb Universiti Teknologi Malaysia. Site popular bila tiba masa awal semester. Pelajar semua nak balik sekolah, jam ni lah site ni popular. Traffic beratur-ratur bagai Year End Sale pun kalah. Ramai yang tak sabar nak tengok, ada pulak yang tak nak tengok. Macam macam manusia ni. Mereka percaya, biar surat sampai rumah baru mereka baca. Konon tak nak spoiled mood cuti. Entah apa apa. Bagi aku, nak tak nak, itulah keputusan yang kau buat. Nak tak nak, beranikan diri lah tengok. Kalau takut, dari dulu lagi kau orang dah belajar betul betul. Takut konon. Hampehh.

Ramai yang akan kecewa atau suka. Bergantung pada keputusan masing masing. Kalau baik, senyum, kalau teruk, sedih atau nangis sepanjang hari. Biasanya perempuan lah. Tapi tak semua kaum wanita, ada juga kaum lelaki. Aku pun pernah rasa jatuh juga. Adat belajar memang macam tu. Bukan tiap masa kita gembira dengan keputusan kita. Kadang kadang perlu juga rasa murung dan sedih. Baru kita dapat belajar daripada kesilapan sendiri. Memang pelik bunyinya. Tapi itu hakikat.

Bila keputusan keluar, ramai yang salahkan pensyarah masing masing. Masa ni lah semua maki hamun keluar. Sumpah sana sini. Dulu masa tak faham tak nak pulak kau tanya dalam kelas. Padan muka kau. Ada pulak yang salahkan subjek. Subjek baca baca bukan feveret konon. Dulu masa sekolah lagi banyak subjek baca baca lah. Boleh je kau orang buat. Sekarang kenapa tak boleh? Mengarut. Tak minat bukan alasan lah. Kau seorang pelajar, bukan pelanggan yang boleh pilih pilih, pembelajaran bukannya proses jual beli yang boleh kau tawar menawar harganya.

Yang berjaya pulak, tak perlu lah bangga sangat dengan keputusan kau. Biar senyap sudah. Tak perlu nak ketuk tanya orang lain. Mentang mentang keputusan kau tinggi menggunung, kau boleh banding banding keputusan kau dengan orang lain. Silap. Tak perlu jugak nak print screen dan tayang dalam laman sosial Facebook. Wall Photo konon, lepas tu kau Photoshop sikit tutup nama dengan pointer dengan dakwat hitam. Konon tak nak bagitau orang lain. Tapi gred still ada. Boleh kira lah even kau Photoshop pointer. Belagak. Manusia oh manusia.

Bagi aku, cukup lah jawapan yang ala kadar bila orang tanya. Bila mereka yang tak nak beritahu, biarkan lah mereka. Jangan nak desak mereka. Mungkin segan dengan orang ramai. Keputusan sekarang tak menjamin kehidupan akan datang. Tak semua yang berjaya hari ini dulu nya seorang pelajar cemerlang di sekolah atau universiti. Mungkin mereka tidak putus asa dan rajin. Itu kunci utama. Sikap belagak pulak, silalah buang, kalau aku jumpa kau orang, memang aku tak layan. Maaf lah ya.

So, jangan putus asa walaupun keputusan kau bermula dengan angka 2. Masa masih ada selagi kau boleh belajar. Ilmu bukan mencari, ilmu itu dicari. Satu campur satu jawapannya tetap dua.

Post Flickr To Blogger


82, originally uploaded by xallehrazax.

Post Flickr To Blogger Preview

Kapitan : Sydney's Favourite Local Band

A well-known rock band among Malaysian students who have passion in bringing up Malaysian music scene in Sydney. Established since 2008 and lead by Ramada (vocalist/guitarist) and Ejoi (drummer/vocalist), the band went further with the inclusion of Micip (second guitarist) and Felix (bassist) a year later. On April 2010, Azraff joined the band as a head vocalist. Kapitan’s music arrangement is largely universal rock that combined all rock genres which are Pop Rock, Slow Rock, Metal Rock and Rock & Roll.

CLICK HERE to hear their latest song Sayembara Ilusimu.

Kapitan Facebook Profile HERE

Kapitan - Sayembara Ilusimu


Kapitan - We Ran Out of Them Again!


Sumber dari ASAMSYDNEY

Jumaat Cuti Umum Sempena Piala AFF Suzuki

Jumaat adalah cuti umum bagi rakyat Malaysia.

Jumaat 31 Disember 2010 adalah cuti umum.


Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Sumber : Utusan Online

JB Bazz Culture and Heritage Carnival 2010

JB Bazz Culture and Heritage Carnival 2010



Day : Friday, December 31 2010
Time : · 8:00pm - 11:00pm
Location : JB City Centre

Members of the public are invited to welcome in the new year with arts, culture and dance at the JB Bazz Culture and Heritage Carnival on 31st December 2010.

The carnival, which starts from 8.00pm onwards, starts from Jalan Tan Hiok Nee and continues on to JB Bazz, Jalan Ungku Puan and ends around Jalan Meldrum.

A collaborative effort by the Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) and Iskandar Regional Development Authority (IRDA), some of the programmes lined up are cultural processions, dances, band performances and lucky draws.

There will also be transit bus services provided from 7.30pm to 1.00am at half-hour intervals. To use this servis, the public may gather or park their vehicles at Danga Bay, Wisma Persekutuan dan Pusat Kesihatan Hospital Sultanah Aminah, Danga City Mall and Persada Johor.

Message from Ku Liang Tong :

Please do welcome to the Tan Hiok Nee Cultural Street in JB Old Town,
as we do have the special chinese cultural show and singer performance in
conjunction with the count down celebration, start from 7-30pm onward!

Aku Sayang Malaysia dan Indonesia



Ini salah seorang luahan dari salah seorang yang mengaku dirinya rakyat Malaysia :

Salam

Nama saya Marlisa. Actually saya nak buat luahan perasaan tentang syarikat penyiaran di Malaysia. Saya sangat tak berpuas hati tentang Media Prima dan Astro. Mereka ni buta atau pekak?? Mereka tak pernah dengar rungutan rakyat Malaysia?? TOLONG HENTIKAN PENYIARAN CERITA, LAGU ATAU APA-APA SAHAJA TENTANG INDONESIA! Saya amat kesal kerana Media Prima mahupun Astro tak mengendahkan rungutan orang ramai.

Semalam hanya kerana bola sepak, Malaysia menjadi Trending Topic di Twitter! We hate Malaysia, Malaysiacheatlaser. Dan media di Indonesia mengatakan team Malaysia memakai dukun! Ramai artis yang saya follow mereka mendapat cacian dari rakyat Indonesia di Twitter terutamanya Tiz Zaqyah, Yuna, Sharifah Sofea dan ramai lagi saya rasa. Even saya pun terkena jugak. Tolong bukakan mata semua syarikat penyiaran di Malaysia

Saya pernah melancong di Indonesia saya tak nampak pun 1 filem or drama Malaysia di sana. And lagu pun 1 haram pun saya tak dengar. Tapi orang Malaysia still pasang lagu or cerita Indonesia. Import la mana-mana cerita luar Negara janji jangan Indonesia. Saya rasa cerita Korea amat berkualiti untuk ditonton. Itu hanya pandangan saya sahaja.

Ok lah setakat ini sahaja luahan saya. Sekian terima kasih.

Sumber luahan dari sini.

=========================================================

Reaksi satu campur satu :

Wahai cik Marlisa, masalah anda sekarang ini adalah anti Indonesia mungkin. Atau anda sebenarnya terlalu pro Malaysia. Entah mana satu aku pun tak tahu. Apa yang cuba kau luahkan tu sangat sensitif bagi pandangan aku. Kau sekejap cakap pasal cerita indonesia, sekejap kau cakap pasal bola sepak, lagu pulak, last last kau promote cerita Korea? Apakah ?

Kalau nak cakap pasal konflik Malaysia Indonesia sekarang ni memang tak sesuai. Ia terjadi dan panas hanya sebab pancaran laser sahaja lah. Bukan besar sangat pun. Bagi aku lah kan, kalau sebab bola tu, baik hentikan saja kejuaraan tu. Senang cerita. Dua dua kalah. Kasi je Filipina je yang menang. Hahaha. Padan muka. Setakat laser tu, tak seberapa lah sangat. Bukan besar sangat. Itu cuma kerja mereka yang tak berotak. Tak fikir panjang. Mesti orang yang tak pergi sekolah je yang buat macam tu. Kita yang pergi sekolah ni, siap masuk universiti lagi, fikir lah dengan bijak. Takkan sebab laser dan insiden bola sepak, hubungan dua pihak yang tegang.

Drama atau filem pula memang tiada kena mengena dengan insiden bola sepak ini. Tiba tiba industri filem kena. Kenapa pula ? Artis yang yang tak tengok bola tu pun kau orang nak sebat maki hamun. Seni adalah seni dan sukan adalah sukan. Tak payah lah nak satu kan mereka. Konon Satu Malaysia sangat lah kau orang ya? Cuba kau orang fikir balik, Malaysia pernah nak buat cerita ala ala Indonseia. Cerita yang tak boleh masuk akal lah senang cakap. Pakai magik segala. Tapi bila disiarkan dalam kaca televisi, kau orang pulak yang gelak gelakkan, kau orang maki hamun. Cakap tak ada cerita lain ke nak buat. Kalau nak yang best. Kau orang buat lah sendiri, kau orang cari palakon sendiri, cari bajet sendiri. Lepas tu kau orang tengok lah sendiri. Sebab aku pun tak nak tengok. Hahaha.

Tentang lagu pulak. Memang tak nafi lah, memang artis Indonesia conquer pasaran indusrti muzik kita. Tapi secara sihat. Memang mereka ada bakat dan peluang. Rezeki mereka lah katakan. Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa tak naikkan saja artis Malaysia? Jawapannya, kau orang sendiri dah lihat. Kurangnya bakat dan sikap disiplin yang kurang oleh artis itu sendiri. Bila dah menang satu satu rancangan realiti, ahh aku lah artis terkenal. Biar suara tak seberapa, asalkan muka kacak, jambu, seksi, ramai yang undi, menang. Itu lagi setan. Tak sedar diri. At least mereka yang masuk negara kita memang punya bakat mereka yang tersendiri. Kalau tak suka, tutup telinga saja lah, masuk lagu yang kau suka dalam playlist kau, dengar sorang sorang. Tak pun kau orang cipta lagu sendiri, nyanyi dalamm bilik. Mana tau boleh femes.

Trending Twitter punya hal. Ini lagi haram jadah. Manusia ni dah sah sah ada ego masing masing. Taip dalam twitter macam macam, kalau kau sorang je yang boleh baca takpe. Ni satu dunia boleh baca. Trending konon. Kau dapat apa kalau banyak trending? Dapat iPad ? iPhone ? Blackberry ? Sudah sudah lah tu. Baik kau orang fikir macam mana nak sucikan semula hubungan yang tegang ni. Masa depan kita semua.

Aku bukan sokong mana mana pihak. Aku memang rakyat Malaysia. Tapi aku takkan sokong siapa yang salah. Aku cuma mahukan perpaduan dan keamanan. Aku ramai kawan dari seberang sana di kolej. Aku bangga kawan dengan mereka. Aku segan bila insiden ini terjadi. Aku ada pembantu rumah berstatus kewarganegaraan Indonesia. Kami masih boleh senyum antara satu sama lain. Kenapa mesti kau orang luar sana nak bermasam muka bila jumpa sesama sendiri. Walaupun kau orang tak kenal satu sama lain. Yang sudah itu sudah lah. Renungkan apa yang bakal terjadi kalau perkara ini berlanjutan. Masa depan kita dan generasi akan datang bagaimana jadinya. Aku sayang Malaysia negara lahirnya aku dan aku juga hormati Indonesia sebagai negara jiran.



Masih nak benci atau nak sedar diri? Satu campur satu jawapannya tetap dua.

Main Main Tag

Kerja Tag dibuat oleh Atiqah Trixses, aku buat :

1) Adakah anda rasa anda HOT ?
Jujur aku jawab yang aku tak hot.

2) Update wallpaper yang anda gune sekarang ?

3) Cerita about this wallpaper.
Simple dan tak gelabah sangat.

4) Kali terakhir makan pizza?
2 bulan lepas.Kakak ipar belanja.

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Semua lagu daripada Syeera Sanders.

6) Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Memuat turun cerita bersiri korea.Tajuknya Wonderful Life.

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Toolang, Genius, Lovi, XR, Ultraman.

8) Tag lagi seorang.
Sashimi Mimieux

9) Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.
*Dia model aku.
*Dia orang Kedah.
*Dia pakai handphone Sony.
*Dia baik dan manis.

Syeera Sanders - Confession of A Loner



Lihatlah wajah mereka
Terukir senyuman atas nama cinta
Dan sebak rasa ku di dada
Kerna aku tak seperti mereka

Lihatlah ke dunia
Yang mencintai dan dicinta
Hanya aku yang kesunyian
Hey bintang, ku perlukan teman

Kerana..

Chorus:
Aku tak bahagia
Tak merasa yg terindah
Hey bintang carikan aku cahaya
Untuk sudut gelap dalam hatiku ini

Kurus Sihat atau Gemuk Berpenyakit?


Kurus dalam erti kata lain tidak gemuk mahupun berbadan kecil akibat tidak banyak makan. Ramai rakyat Malaysia yang mengalami simptom ini. Kurus badan yang melampau. Hal ini sangat membimbangkan ramai pihak, bukan setakat diri sendiri, bahkan orang sekeliling kita. Aku yang penghidap simptom kurus ini juga mendapati kerisauan orang luar terhadap aku sangat tinggi. Pergi ke mana saja, pasti akan dengar mereka kata, "Kurus nya kau", "Kau tak makan nasi ke?", "Bila lah engkau nak gemuk ni?". Hari hari dengar sampai naik hangit telinga melayan sumpahan sumpahan mereka pada aku. Nak tak nak terpaksa juga telan.

Aku baca satu soalan oleh seorang lelaki Indonesia tentang dirinya yang kurus juga. Dia kata mungkin dia terpengaruh oleh faktor keturunan. Alasan dia dengan berkata ibunya berisi sedangkan bapanya kurus. Seluruh keluarga bapanya didapati sama bentuk badan yang kurus. Dia sudah mencuba untuk membuat senaman yang sihat. Senaman fitness. Tapi baru dua hari membuat senaman, otot badannya lemah sama sekali. Cubaan untuk makan dan minum yang banyak juga terbatas sebab kurang selera makan.

Reaksi Satu Campur Satu :

Apa yang dia lakukan memang bagus. Namun begitu, aku sarankan jangan biar terlalu gemuk. Berat yang normal perlu di cari. Lakukan senaman dengan betul, dan jangan tinggalkan makan makanan yang mengandungi zat. Jangan terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak. Kerna sesetengah orang ingin menaikkan berat badan mereka dengan cepat, lalu tanpa berfikir terus mengambil makanan yang berlemak dengan kuantiti yang banyak. Cita-cita mahu gemuk dengan cepat akan membawa padah kalau tidak dilakukan dengan betul. Banyaklah makan sayur-sayuran, buah-buahan, susu dan sebagainya. Mungkin juga faktor keturunan dapat menjadi penyebab simptom kurus ini. Tapi sedarlah bahawa tak semua kurus itu tak sihat, lebih baik kurus tetapi sihat berbanding gemuk yang berpenyakit. Pilihan di tangan anda.


Kurus Sihat atau Gemuk Berpenyakit? Satu campur satu jawapannya tetap dua.

Muzik 8-Bit Buat Kita Joget



Entri kali ini berbunyi irama muzik chiptunes yang bukan setakat berkembang, malah makin dikenali di Malaysia. Mesti ramai yang menggaru kepala bertanya tentang apakah itu muzik chiptunes. Aku percaya ramai di antara kita yang tak pernah dengar pun muzik chiptunes ni. Kalau ada pun yang pernah dengar, mungkin jumpahnya tak begitu ramai berbanding mereka yang mendengar muzik pop, rock dan sebagainya. Chiptunes muzik berbeza daripada muzik muzik yang telah wujud selama ini. Ia sangat unik!

Chiptunes adalah satu genre muzik boleh di katakan agak baru di Malaysia. Ya, chiptunes itu sebenarnya adalah salah satu kategori genre muzik. Ada juga yang memanggil chiptunes dengan nama 8-bit music. Ia bukan seperti elektronik atau trance. Ia menggunakan bunyi bit itu sendiri. Senang cakap genre muzik ni menggunakan visual dan adunan muzik daripada konsol permainan video Nintendo Gameboys,NESes dan Amigas seperti Mario Bross, Donkey Kong dan Legend of Zelda.

Ini sumber daripada Wikipedia :

A chiptune, or chip music, is noise music written in sound formats where all the sounds are synthesized in realtime by a computer or video game console sound chip, instead of using sample-based synthesis. The golden age of chiptunes was the mid 1980s to early 1990s, when such sound chips were the most common method for creating music on computers. Chiptunes are closely related to video game music, which often featured chiptunes out of necessity. The term has also been recently applied to more recent compositions that attempt to recreate the chiptune sound for purely aesthetic reasons, albeit with more complex technology.

Faham? Chiptunes merupakan gabungan bunyi yang diperolehi dari cip yang terdapat pada konsol permainan video. Dulu kita seronok main Gameboy, tapi hari ini mereka yang kreatif telah jadikan ia sebagai satu sumber mencipta alunan muzik yang hebat.

Band-band chiptunes Malaysia ialah Colourama, Mikrochip No32, My Empty Battery, Moronbeat, Mikrobotmen dan Chippy Mariposa. Aku sudah dengar. Anda bagaimana? Mengkagumkan.



Muzik 8-bit buat kita joget. Satu campur satu jawapannya tetap dua.

Kenapa Kau Orang Geli Dengan Bundle?


Apa itu bundle? Aku pun bukan pakar bahasa ataupun sasterawan negara nak huraikan apa maksud bundle. Tapi menurut kotak pemahaman aku, bundle atau pakaian bundle ini adalah pakaian pakaian yang terpakai. Bundle biasanya dijual dengan harga yang murah. Sangat murah. Aku mengaku yang aku seorang daripada pengguna tegar bundle. Bundle sudah lama bertapak di tanah malaya ini. Sebab masa zaman kecik kecik aku, pakcik aku ada pernah cakap tentang ini ayat; bundle. Bermaksud memang telah wujud seawal kecilnya aku. Tapi itu hanya andaian semata mata. Jangan kau orang percaya fakta aku. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bundle, kau orang Google lah sendiri okay.

Remaja lah yang paling berebut kalau cakap pasal bundle. Tiap minggu singgah. Takut takut ada stok baru sampai. Stok bundle tak macam stok butik mahal dekat shopping complex sana. Tak dapat lah kau orang nak pakai baju/seluar sama sebab bundle punya kuantiti untuk salah satu barangan, sangat terhad. Rare orang putih cakap. Kalau dapat beli yang betul betul best, memang puas hati. Aku pernah rasa.

Jangan kau orang luar sana salah anggap yang bundle ini tak cool. Kau orang sila besar. Kebanyakan bundle diimport dari negara luar macam UK, US, Korea, Jepun dan lain lain.Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Ini yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian itu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai. Ambil perhatian ayat sebelum ini.

Bundle menyediakan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja, tee sampaikan siap ada jual pakaian dalam lagi. Mantap. Memang pelik tapi benar. Kalau rasa berminat, angkat, cuba, duit, beli. Itu proses jual beli bundle.

Kepada mereka yang tak pernah atau tak minat pakaian bundle mesti berasa pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Sampai ada pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Tapi apa yang cool tentang pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. Kualiti kain dan printing memang bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. Kalau display kat kedai tu, memang tak lama. Sekejap nanti ada peminat dia datang beli.

Okay orang luar sana. Mari aku terangkan sikit tentang maksud kotor yang kau orang semua kata. semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. Sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil "bau bundle". Bau bahan kimia yang digunakan tu. Dan sudah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. Pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau.

Kenapa geli dengan bundle? Satu campur satu jawapannya tetap dua.

Alahai Si Lembut,Kesian Kau



Ini soalan seorang lembut kepada salah sebuah laman web :

SAYA berusia 22 tahun dan menghadapi dilema kerana berperwatakan lembut. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan begini.

Mengikut kata ibu, arwah adiknya juga berperwatakan lembut. Untuk makluman doktor, saya mempunyai tujuh orang anak saudara dan saya perhatikan, salah seorang daripadanya, berusia enam tahun juga memiliki perwatakan lembut.

Apakah ini ada kaitan dengan keturunan atau hormon? Adakah pil atau ubat untuk mengatasi masalah ini? Baru-baru ini, ketika berkunjung di Pekan Golok, saya terjumpa pil Men Hormone Compound di sebuah kedai farmasi. Pil ini antara lain mengandungi methyltestosterone 10 mg dan a-tocopheryl acetate 10 mg. Apakah ubat ini selamat jika diambil untuk merangsang kelakian?

Adakah pil hormon untuk lelaki dijual di Malaysia? Jika ada, di mana saya boleh mendapatkannya?

Ikhlas,
Si Lembut
Rantau Panjang, Kelantan.

=========================================================

Melihat sindrom ini, aku mula risau dan takut. Kadang kadang betul apa yang Si Lembut ini katakan. Mungkin dalam keturunan aku tak punya mereka yang berperwatakan lembut lagi. Dan aku tak nak jadi macam itu. Yang menyoal takut jadi begini, tapi ada yang di luar sana seronok berperwatakan begitu. Kiamat sudah menjelang kah pada dunia ini? Soalan yang tak siapa dapat jawab. Aku sendiri pun tak hebat dalam jawab menjawab ni. Jawab soalan ujian universiti pun payah. Ini kan pulak yang perlu aku berfikir secara kreatif dan inovatif. Gagal lah jawabnya. Mungkin mereka merasa selesa dengan perwatakan lembut. Tapi jarang aku dengar mata yang melihat mereka kata selasa melihat mereka begitu. Kadang kadang aku pun rasa nak pijak muka mereka. Tapi ada yang tak sedar. Dengan memaki hamun, mencela kelompok macam ini, takkan dapat selesaikan masalah kelembutan mereka, tak pula dapat keraskan mereka. Siap ada yang dengki dengan golongan mereka. Buat dajjal sana sini, dengan alasan, kau seorang lembut, PONDAN tak tahu malu. Cuba bayang kalau itu anak kau, adik lelaki kau, abang kau. Kau pijak muka dia? Kau caci cela dia? Kau sanjung tinggi lagi adalah. Tapi itu hakikat manusia. Kita yang luar dari masalah ini kurang ambil tahu. Sebab tak terjadi pada kita. Tapi jangan anggap ini perkara ringan. Kita dunia kita, mereka dunia mereka. Yang di atas lagi faham dan lagi adil dalam mengadili.

Latest Photoshoot !


Photographer : Xalleh Razax
Model : Mira Aluna & Rashidah Najaa
Camera : Canon EOS 450D
Location : Istana Garden, Johor Bahru

Click This Link For More Photos

Tidur 5 Minit Itu Cool


Siapa yang selalu rasa mengantuk selepas pukul 3 petang? Jangan-jangan, 90 peratus dari kita akan mengangkat tangan. Mengantuk di siang hari, menurut Hiromi Shinya, ini semua adalah situasi yang biasa. Penyebabnya adalah enzim kita banyak digunakan saat bangun dan beraktiviti.

Jika tubuh sudah memberi signal seperti mana begitu, dengarkan dan layani lah. Jangan abaikan kerana alasan apa pun. Jangan risau tentang kerja yang tertunda. Sebab, untuk memberi tenaga, kita cuma perlu waktu rehat selama 5 minit sahaja. Tak percaya?
Oleh kerana hanya 5 minit, carilah tempat yang kita tidak akan diganggu. Setelah itu, tarik hafas dalam-dalam dan renggangkan seluruh otot tubuh badan. Tapi kalau anda memang mengantuk tahap gaban, lebih baik anda semua tidur saja. Lebih baik.

Shinya menyebut tidur siang yang sekejap ini adalah sebagai power nap. Sebab, hanya dalam waktu 5 minit atau paling banyak 30 minit , kita pasti akan terbangun dengan kekuatan yang penuh. Istirehat yang singkat, menurut penulis buku Miracle of Enzyme itu, mengizinkan tubuh melakukan homestatis atau pemulihan diri. Hasilnya, hasil kerja kita di waktu selanjutnya akan berjalan dengan efektif.

Hari Lahir Hari Ke Sepuluh



English Version
Is your birthday day 10 of the month?

Your Life, You are very capable. If you are a woman, you have high chance to be a renowned workingwoman. If you are a man, your path to fame and honor is near. As an innovator, you are not a good follower. You are good in implementing your imagination and share it with others. You are always well dressed. Your Love, You often lose your love ones from being too jealous. You always feel like you own the person you fall in love with and that often blows your relationship.

Versi Bahasa Melayu
Adakah hari lahir kau hari kesepuluh dalam bulan?

Hidup kau, kau seorang yang berkemampuan. Kalau kau seorang wanita, kau berpeluang menjadi seorang wanita berkerjaya yang terkenal. Kalau kau seorang lelaki, jalan untuk mashyur dan dihormati semakin dekat. Sebagai seorang yang baru, kau bukan pengikut yang baik. Kau bagus dalam melaksanakan imaginasi kau dan kongsi pada semua orang. Kau bagus dalam berpakaian. Cinta kau, kau selalu kehilangan cinta kau daripada mereka yang sangat cemburu. Kau selalu merasa kau memiliki orang yang kau cinta dan itu yang selalu merosakkan hubungan kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts