Welcome HTML

ENTER

Keputusan Peperiksaan

Aimsweb Universiti Teknologi Malaysia. Site popular bila tiba masa awal semester. Pelajar semua nak balik sekolah, jam ni lah site ni popular. Traffic beratur-ratur bagai Year End Sale pun kalah. Ramai yang tak sabar nak tengok, ada pulak yang tak nak tengok. Macam macam manusia ni. Mereka percaya, biar surat sampai rumah baru mereka baca. Konon tak nak spoiled mood cuti. Entah apa apa. Bagi aku, nak tak nak, itulah keputusan yang kau buat. Nak tak nak, beranikan diri lah tengok. Kalau takut, dari dulu lagi kau orang dah belajar betul betul. Takut konon. Hampehh.

Ramai yang akan kecewa atau suka. Bergantung pada keputusan masing masing. Kalau baik, senyum, kalau teruk, sedih atau nangis sepanjang hari. Biasanya perempuan lah. Tapi tak semua kaum wanita, ada juga kaum lelaki. Aku pun pernah rasa jatuh juga. Adat belajar memang macam tu. Bukan tiap masa kita gembira dengan keputusan kita. Kadang kadang perlu juga rasa murung dan sedih. Baru kita dapat belajar daripada kesilapan sendiri. Memang pelik bunyinya. Tapi itu hakikat.

Bila keputusan keluar, ramai yang salahkan pensyarah masing masing. Masa ni lah semua maki hamun keluar. Sumpah sana sini. Dulu masa tak faham tak nak pulak kau tanya dalam kelas. Padan muka kau. Ada pulak yang salahkan subjek. Subjek baca baca bukan feveret konon. Dulu masa sekolah lagi banyak subjek baca baca lah. Boleh je kau orang buat. Sekarang kenapa tak boleh? Mengarut. Tak minat bukan alasan lah. Kau seorang pelajar, bukan pelanggan yang boleh pilih pilih, pembelajaran bukannya proses jual beli yang boleh kau tawar menawar harganya.

Yang berjaya pulak, tak perlu lah bangga sangat dengan keputusan kau. Biar senyap sudah. Tak perlu nak ketuk tanya orang lain. Mentang mentang keputusan kau tinggi menggunung, kau boleh banding banding keputusan kau dengan orang lain. Silap. Tak perlu jugak nak print screen dan tayang dalam laman sosial Facebook. Wall Photo konon, lepas tu kau Photoshop sikit tutup nama dengan pointer dengan dakwat hitam. Konon tak nak bagitau orang lain. Tapi gred still ada. Boleh kira lah even kau Photoshop pointer. Belagak. Manusia oh manusia.

Bagi aku, cukup lah jawapan yang ala kadar bila orang tanya. Bila mereka yang tak nak beritahu, biarkan lah mereka. Jangan nak desak mereka. Mungkin segan dengan orang ramai. Keputusan sekarang tak menjamin kehidupan akan datang. Tak semua yang berjaya hari ini dulu nya seorang pelajar cemerlang di sekolah atau universiti. Mungkin mereka tidak putus asa dan rajin. Itu kunci utama. Sikap belagak pulak, silalah buang, kalau aku jumpa kau orang, memang aku tak layan. Maaf lah ya.

So, jangan putus asa walaupun keputusan kau bermula dengan angka 2. Masa masih ada selagi kau boleh belajar. Ilmu bukan mencari, ilmu itu dicari. Satu campur satu jawapannya tetap dua.

1 comments:

xallehrazax December 31, 2010 at 5:54 AM  

cuba komen :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts