Welcome HTML

ENTER

Aku Sayang Malaysia dan Indonesia



Ini salah seorang luahan dari salah seorang yang mengaku dirinya rakyat Malaysia :

Salam

Nama saya Marlisa. Actually saya nak buat luahan perasaan tentang syarikat penyiaran di Malaysia. Saya sangat tak berpuas hati tentang Media Prima dan Astro. Mereka ni buta atau pekak?? Mereka tak pernah dengar rungutan rakyat Malaysia?? TOLONG HENTIKAN PENYIARAN CERITA, LAGU ATAU APA-APA SAHAJA TENTANG INDONESIA! Saya amat kesal kerana Media Prima mahupun Astro tak mengendahkan rungutan orang ramai.

Semalam hanya kerana bola sepak, Malaysia menjadi Trending Topic di Twitter! We hate Malaysia, Malaysiacheatlaser. Dan media di Indonesia mengatakan team Malaysia memakai dukun! Ramai artis yang saya follow mereka mendapat cacian dari rakyat Indonesia di Twitter terutamanya Tiz Zaqyah, Yuna, Sharifah Sofea dan ramai lagi saya rasa. Even saya pun terkena jugak. Tolong bukakan mata semua syarikat penyiaran di Malaysia

Saya pernah melancong di Indonesia saya tak nampak pun 1 filem or drama Malaysia di sana. And lagu pun 1 haram pun saya tak dengar. Tapi orang Malaysia still pasang lagu or cerita Indonesia. Import la mana-mana cerita luar Negara janji jangan Indonesia. Saya rasa cerita Korea amat berkualiti untuk ditonton. Itu hanya pandangan saya sahaja.

Ok lah setakat ini sahaja luahan saya. Sekian terima kasih.

Sumber luahan dari sini.

=========================================================

Reaksi satu campur satu :

Wahai cik Marlisa, masalah anda sekarang ini adalah anti Indonesia mungkin. Atau anda sebenarnya terlalu pro Malaysia. Entah mana satu aku pun tak tahu. Apa yang cuba kau luahkan tu sangat sensitif bagi pandangan aku. Kau sekejap cakap pasal cerita indonesia, sekejap kau cakap pasal bola sepak, lagu pulak, last last kau promote cerita Korea? Apakah ?

Kalau nak cakap pasal konflik Malaysia Indonesia sekarang ni memang tak sesuai. Ia terjadi dan panas hanya sebab pancaran laser sahaja lah. Bukan besar sangat pun. Bagi aku lah kan, kalau sebab bola tu, baik hentikan saja kejuaraan tu. Senang cerita. Dua dua kalah. Kasi je Filipina je yang menang. Hahaha. Padan muka. Setakat laser tu, tak seberapa lah sangat. Bukan besar sangat. Itu cuma kerja mereka yang tak berotak. Tak fikir panjang. Mesti orang yang tak pergi sekolah je yang buat macam tu. Kita yang pergi sekolah ni, siap masuk universiti lagi, fikir lah dengan bijak. Takkan sebab laser dan insiden bola sepak, hubungan dua pihak yang tegang.

Drama atau filem pula memang tiada kena mengena dengan insiden bola sepak ini. Tiba tiba industri filem kena. Kenapa pula ? Artis yang yang tak tengok bola tu pun kau orang nak sebat maki hamun. Seni adalah seni dan sukan adalah sukan. Tak payah lah nak satu kan mereka. Konon Satu Malaysia sangat lah kau orang ya? Cuba kau orang fikir balik, Malaysia pernah nak buat cerita ala ala Indonseia. Cerita yang tak boleh masuk akal lah senang cakap. Pakai magik segala. Tapi bila disiarkan dalam kaca televisi, kau orang pulak yang gelak gelakkan, kau orang maki hamun. Cakap tak ada cerita lain ke nak buat. Kalau nak yang best. Kau orang buat lah sendiri, kau orang cari palakon sendiri, cari bajet sendiri. Lepas tu kau orang tengok lah sendiri. Sebab aku pun tak nak tengok. Hahaha.

Tentang lagu pulak. Memang tak nafi lah, memang artis Indonesia conquer pasaran indusrti muzik kita. Tapi secara sihat. Memang mereka ada bakat dan peluang. Rezeki mereka lah katakan. Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa tak naikkan saja artis Malaysia? Jawapannya, kau orang sendiri dah lihat. Kurangnya bakat dan sikap disiplin yang kurang oleh artis itu sendiri. Bila dah menang satu satu rancangan realiti, ahh aku lah artis terkenal. Biar suara tak seberapa, asalkan muka kacak, jambu, seksi, ramai yang undi, menang. Itu lagi setan. Tak sedar diri. At least mereka yang masuk negara kita memang punya bakat mereka yang tersendiri. Kalau tak suka, tutup telinga saja lah, masuk lagu yang kau suka dalam playlist kau, dengar sorang sorang. Tak pun kau orang cipta lagu sendiri, nyanyi dalamm bilik. Mana tau boleh femes.

Trending Twitter punya hal. Ini lagi haram jadah. Manusia ni dah sah sah ada ego masing masing. Taip dalam twitter macam macam, kalau kau sorang je yang boleh baca takpe. Ni satu dunia boleh baca. Trending konon. Kau dapat apa kalau banyak trending? Dapat iPad ? iPhone ? Blackberry ? Sudah sudah lah tu. Baik kau orang fikir macam mana nak sucikan semula hubungan yang tegang ni. Masa depan kita semua.

Aku bukan sokong mana mana pihak. Aku memang rakyat Malaysia. Tapi aku takkan sokong siapa yang salah. Aku cuma mahukan perpaduan dan keamanan. Aku ramai kawan dari seberang sana di kolej. Aku bangga kawan dengan mereka. Aku segan bila insiden ini terjadi. Aku ada pembantu rumah berstatus kewarganegaraan Indonesia. Kami masih boleh senyum antara satu sama lain. Kenapa mesti kau orang luar sana nak bermasam muka bila jumpa sesama sendiri. Walaupun kau orang tak kenal satu sama lain. Yang sudah itu sudah lah. Renungkan apa yang bakal terjadi kalau perkara ini berlanjutan. Masa depan kita dan generasi akan datang bagaimana jadinya. Aku sayang Malaysia negara lahirnya aku dan aku juga hormati Indonesia sebagai negara jiran.



Masih nak benci atau nak sedar diri? Satu campur satu jawapannya tetap dua.

2 comments:

i.k.o December 29, 2010 at 12:52 AM  

nice der!

*keamanan @ peAce

xallehrazax December 29, 2010 at 1:26 AM  

yeah,keamanan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts