Welcome HTML

ENTER

Alahai Si Lembut,Kesian Kau



Ini soalan seorang lembut kepada salah sebuah laman web :

SAYA berusia 22 tahun dan menghadapi dilema kerana berperwatakan lembut. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan begini.

Mengikut kata ibu, arwah adiknya juga berperwatakan lembut. Untuk makluman doktor, saya mempunyai tujuh orang anak saudara dan saya perhatikan, salah seorang daripadanya, berusia enam tahun juga memiliki perwatakan lembut.

Apakah ini ada kaitan dengan keturunan atau hormon? Adakah pil atau ubat untuk mengatasi masalah ini? Baru-baru ini, ketika berkunjung di Pekan Golok, saya terjumpa pil Men Hormone Compound di sebuah kedai farmasi. Pil ini antara lain mengandungi methyltestosterone 10 mg dan a-tocopheryl acetate 10 mg. Apakah ubat ini selamat jika diambil untuk merangsang kelakian?

Adakah pil hormon untuk lelaki dijual di Malaysia? Jika ada, di mana saya boleh mendapatkannya?

Ikhlas,
Si Lembut
Rantau Panjang, Kelantan.

=========================================================

Melihat sindrom ini, aku mula risau dan takut. Kadang kadang betul apa yang Si Lembut ini katakan. Mungkin dalam keturunan aku tak punya mereka yang berperwatakan lembut lagi. Dan aku tak nak jadi macam itu. Yang menyoal takut jadi begini, tapi ada yang di luar sana seronok berperwatakan begitu. Kiamat sudah menjelang kah pada dunia ini? Soalan yang tak siapa dapat jawab. Aku sendiri pun tak hebat dalam jawab menjawab ni. Jawab soalan ujian universiti pun payah. Ini kan pulak yang perlu aku berfikir secara kreatif dan inovatif. Gagal lah jawabnya. Mungkin mereka merasa selesa dengan perwatakan lembut. Tapi jarang aku dengar mata yang melihat mereka kata selasa melihat mereka begitu. Kadang kadang aku pun rasa nak pijak muka mereka. Tapi ada yang tak sedar. Dengan memaki hamun, mencela kelompok macam ini, takkan dapat selesaikan masalah kelembutan mereka, tak pula dapat keraskan mereka. Siap ada yang dengki dengan golongan mereka. Buat dajjal sana sini, dengan alasan, kau seorang lembut, PONDAN tak tahu malu. Cuba bayang kalau itu anak kau, adik lelaki kau, abang kau. Kau pijak muka dia? Kau caci cela dia? Kau sanjung tinggi lagi adalah. Tapi itu hakikat manusia. Kita yang luar dari masalah ini kurang ambil tahu. Sebab tak terjadi pada kita. Tapi jangan anggap ini perkara ringan. Kita dunia kita, mereka dunia mereka. Yang di atas lagi faham dan lagi adil dalam mengadili.

3 comments:

Seha Haris December 26, 2010 at 4:46 AM  

ohhh. ini sadis. semoga keturunan kita terpelihara insyaAllah. :)

xallehrazax December 26, 2010 at 9:35 AM  

semoga terpelihar juga,amin :)

Amirah Ahmad Norani December 26, 2010 at 9:53 PM  

psst2, saya ramai kawan begini

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts