Welcome HTML

ENTER

Kenapa Kau Orang Geli Dengan Bundle?


Apa itu bundle? Aku pun bukan pakar bahasa ataupun sasterawan negara nak huraikan apa maksud bundle. Tapi menurut kotak pemahaman aku, bundle atau pakaian bundle ini adalah pakaian pakaian yang terpakai. Bundle biasanya dijual dengan harga yang murah. Sangat murah. Aku mengaku yang aku seorang daripada pengguna tegar bundle. Bundle sudah lama bertapak di tanah malaya ini. Sebab masa zaman kecik kecik aku, pakcik aku ada pernah cakap tentang ini ayat; bundle. Bermaksud memang telah wujud seawal kecilnya aku. Tapi itu hanya andaian semata mata. Jangan kau orang percaya fakta aku. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bundle, kau orang Google lah sendiri okay.

Remaja lah yang paling berebut kalau cakap pasal bundle. Tiap minggu singgah. Takut takut ada stok baru sampai. Stok bundle tak macam stok butik mahal dekat shopping complex sana. Tak dapat lah kau orang nak pakai baju/seluar sama sebab bundle punya kuantiti untuk salah satu barangan, sangat terhad. Rare orang putih cakap. Kalau dapat beli yang betul betul best, memang puas hati. Aku pernah rasa.

Jangan kau orang luar sana salah anggap yang bundle ini tak cool. Kau orang sila besar. Kebanyakan bundle diimport dari negara luar macam UK, US, Korea, Jepun dan lain lain.Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Ini yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian itu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai. Ambil perhatian ayat sebelum ini.

Bundle menyediakan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja, tee sampaikan siap ada jual pakaian dalam lagi. Mantap. Memang pelik tapi benar. Kalau rasa berminat, angkat, cuba, duit, beli. Itu proses jual beli bundle.

Kepada mereka yang tak pernah atau tak minat pakaian bundle mesti berasa pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Sampai ada pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Tapi apa yang cool tentang pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. Kualiti kain dan printing memang bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. Kalau display kat kedai tu, memang tak lama. Sekejap nanti ada peminat dia datang beli.

Okay orang luar sana. Mari aku terangkan sikit tentang maksud kotor yang kau orang semua kata. semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. Sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil "bau bundle". Bau bahan kimia yang digunakan tu. Dan sudah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. Pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau.

Kenapa geli dengan bundle? Satu campur satu jawapannya tetap dua.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts