Welcome HTML

ENTER

Kurus Sihat atau Gemuk Berpenyakit?


Kurus dalam erti kata lain tidak gemuk mahupun berbadan kecil akibat tidak banyak makan. Ramai rakyat Malaysia yang mengalami simptom ini. Kurus badan yang melampau. Hal ini sangat membimbangkan ramai pihak, bukan setakat diri sendiri, bahkan orang sekeliling kita. Aku yang penghidap simptom kurus ini juga mendapati kerisauan orang luar terhadap aku sangat tinggi. Pergi ke mana saja, pasti akan dengar mereka kata, "Kurus nya kau", "Kau tak makan nasi ke?", "Bila lah engkau nak gemuk ni?". Hari hari dengar sampai naik hangit telinga melayan sumpahan sumpahan mereka pada aku. Nak tak nak terpaksa juga telan.

Aku baca satu soalan oleh seorang lelaki Indonesia tentang dirinya yang kurus juga. Dia kata mungkin dia terpengaruh oleh faktor keturunan. Alasan dia dengan berkata ibunya berisi sedangkan bapanya kurus. Seluruh keluarga bapanya didapati sama bentuk badan yang kurus. Dia sudah mencuba untuk membuat senaman yang sihat. Senaman fitness. Tapi baru dua hari membuat senaman, otot badannya lemah sama sekali. Cubaan untuk makan dan minum yang banyak juga terbatas sebab kurang selera makan.

Reaksi Satu Campur Satu :

Apa yang dia lakukan memang bagus. Namun begitu, aku sarankan jangan biar terlalu gemuk. Berat yang normal perlu di cari. Lakukan senaman dengan betul, dan jangan tinggalkan makan makanan yang mengandungi zat. Jangan terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak. Kerna sesetengah orang ingin menaikkan berat badan mereka dengan cepat, lalu tanpa berfikir terus mengambil makanan yang berlemak dengan kuantiti yang banyak. Cita-cita mahu gemuk dengan cepat akan membawa padah kalau tidak dilakukan dengan betul. Banyaklah makan sayur-sayuran, buah-buahan, susu dan sebagainya. Mungkin juga faktor keturunan dapat menjadi penyebab simptom kurus ini. Tapi sedarlah bahawa tak semua kurus itu tak sihat, lebih baik kurus tetapi sihat berbanding gemuk yang berpenyakit. Pilihan di tangan anda.


Kurus Sihat atau Gemuk Berpenyakit? Satu campur satu jawapannya tetap dua.

4 comments:

faiz bakar December 27, 2010 at 6:13 AM  

sebagai salah seorang yg agak kurus, maka, marilah kita hidup org kurus!

i.k.o December 27, 2010 at 6:33 AM  

bmi ko pnh normal x?

xallehrazax December 27, 2010 at 7:31 AM  

burn:kau kurus lah pulak,boncit je aku tengok,hahaha

xallehrazax December 27, 2010 at 7:31 AM  

i.k.o:BMI aku tak pernah normal,kesian aku :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts