Welcome HTML

ENTER

25 Tentang Aku

Tagged oleh cik Nabila Lukman :


1) DSLR
Aku minat dan akan gembira bila dengar,baca,lihat tentang DSLR. Digital Single Lens Reflex nama panjangnya dan akan aku ingat sampai aku tua nanti. Aku banyak belajar daripadanya dan pengalaman memang indah sepanjang dengannya.

2) Bundle
Aku bukan kerabat diraja atau kerabat orang atasan. Aku cuma manusia biasa yang lahir untuk melihat dunia. Aku pengguna barangan bundle yang tegar. Murah tak bermaksud buruk buat aku, dan yang mahal tak beerti cantik di mata aku. Bagi aku, naluri hati memutuskan samada ia cantik atau buruk.

3) Internet
Dunia luar hubungkan aku dan manusia lain. Dunia luar juga yang ajar aku erti hidup. Aku kenal cinta juga melalui dunia luar tanpa sempadan, tak kira lah ia nya talian tetap ataupun jalur lebar. Dunia luar tetap terhubung, melainkan tidak, aku buntu.

4) No-Stoking
Aku bukan pemakai stoking yang baik. Aku gagal menjadi pemakai stoking dan mendidik diri aku untuk memakai stoking ketika melangkah bersama sepatu. Mungkin itu jijik bagi kamu, tapi ia selesa bagi aku.

5) Saiz S
Saiz menjadi benda paling aku benci. Kalau mencari, aku pasti pilih yang terawal bukan terlambat. Kerna saiz aku susah bertahan lama. Persaingan perlu aku harungi !

6) Rokok
Aku benci rokok. Aku benci perokok. Aku janji, aku tak akan merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Rokok bunuh ayah aku! Aku benci rokok!

7) Only Jeans,No Track Suit
Aku dari kecil, sampai kini, itu resam aku, bukan trend, tapi kebiasaan. Takkan ku langgar resam ini.

8) Goodnight
Aku nak sangat ada ramai orang ucap selamat malam setiap hari untuk aku. Tak kisah dia siapa. Aku teringin.

9) Downloader
Muat turun itu hobi aku, kalau nak minta tolong pun aku rela. Benda senang,bukan susah mana pun.

10) 45KG
Berat aku, tak pernah lepas angka ini. Jangan terkejut.

11) Putih
Warna paling aku sayang,bukan setakat suka suka jek, siap sayang lagi.

12) Kemas
Aku tak suka tempat bersepah, aku nak kemas jek, kalau bilik kawan kawan aku, aku yang kemas, sebab serabut tengok bersepah.

13) Rabun
Mata aku menghadapi kesukaran dalam melihat,sejak aku darjah 3. Mula pakai kaca mata di awal sekolah rendah.

14) Bulat
Bentuk yang paling aku gemar. Ada sebab tersendiri. Rahsia kita kita aje.

15) Cincin
Aku tak biasa kalau tak ada cincin dekat jari manis kiri aku ni. Tak tahu kenapa.

16) Jagung
Aku suka suka suka suka sangat sangat sangat,tak kisah lah jagung dalam cawan ke, jagung bakar ke, jagung rebus ke. Semua aku layan.

17) Rare
Aku pengumpul barangan yang rare. Sebab aku tak suka ada benda yang sama dengan orang lain. Aku nak aku seorang je yang ada.

18) Tumbuk
Aku pernah tumbuk mata kawan sekelas sekolah agama aku, dengan alasan si mangkuk durjana tu hulurkan stoking bacin dia ke hidung aku. Memang nak kena. Amek sebijik, aku ikhlas.

19) Perempuan
Selama 20 tahun hidup bergelar lelaki, dalam hubungan, aku yang di tendang perempuan, bukan aku.

20) Lolipop
Aku suka makan lolipop sebab dia manis. Sebab menarik dan aku suka kan nya. Itu saja.

21) Ikan
Aku tak makan ikan, kalau ada pilihan makanan ikan dan ayam, aku akan pilih ayam. Kalau takde pilihan, aku tak makan.

22) Kokurikulum
Untuk pengetahuan anda semua, aku tak pernah datang aktiviti kokurikulum di sekolah menengah, aku tak aktif senang cakap. Malas. Budak sekolah aku semua kerek.

23) First Kiss
Sudah. Tak boleh cakap!

24) Sejuk
Aku tak tahan sejuk dan benci tempat sejuk. Memang tak boleh study luar negara macam ni. Dalam negara sudah.

25) Sensitif
Sangat sensitif dan cepat terasa.

1 comments:

i.k.o January 9, 2011 at 8:41 PM  

krg lemak sbb tu xthn cjuk.huu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts