Welcome HTML

ENTER

Syeera Sanders

Syeera Sanders. Kau orang kenal ? Dunia sudah maju, kalau tak tahu, sila ringankan jari jemari tekan kekibod kata kekunci "Syeera Sanders" pada Professor Google. Banyak hit akan keluar tentang beliau. Si cilik ini menetap di negara Brunei. Setelah sesi soal siasat aku jalankan pada dia di Twitter suatu hari dulu. Beliau sebenarnya adalah seorang warga Malaysia. Berasal daripada negeri Melaka cukup membanggakan aku. Masih ada rakyat Malaysia yang berbakat macam dia. Bukan aku minat sebab dia perempuan, bukan sebab aku lelaki. Tetapi sebab dia pengubah lagu serta seorang penyanyi yang mantap. Lagi hebat dan bagus daripada artis realiti TV.

Sumpah aku tak tipu. Bongok aku lihat artis realiti TV dengan gelagat mereka, padahal tak punya apa apa nak dibanggakan pada mereka. Ini lagi bagus daripada mereka. Tulis sendiri, ubah melodi, lontar suara depan layar kaca. Walau dia berprofil rendah, aku lebih anggap Sanders lagi tinggi daripada artis yang lain. Suara sumpah sedap. Strumming gitar sangat mantap. Even bukan main lagu laju atau laju happy, genre Sanders lebih pada melodrama yang bermain dengan kata kata. Thumbs up !



Youtube Channel Syeera Sanders (mosterbabe12)


Tekan s i n i untuk download lagu Syeera Sanders.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*For Admin Only*

Photography's Page

Followers

Facebook

Twitter

There was an error in this gadget

Recent Post

Listen To


Link Exchange

Popular Posts